Neelofa, Marsha & Cik B Antara 13 Wanita Luar Biasa Dianugerahkan Anugerah Ibu Zain 2025, Nicol David Yang Tertinggi - Media Hiburan (2025)

Neelofa, Marsha & Cik B Antara 13 Wanita Luar Biasa Dianugerahkan Anugerah Ibu Zain 2025, Nicol David Yang Tertinggi - Media Hiburan (1)

Isi Kandungan

Share on FacebookShare on WhatsAppShare on TelegramShare on X (Twitter)

Tiga selebriti terkenal, Neelofa,Marsha Milan dan Cik Bantara 13 wanita luar biasa yang diiktiraf sebagai penerima Anugerah Ibu Zain 2025, sebuah penghargaan berprestij yang mengangkat pencapaian wanita dalam pelbagai bidang.

Dalam majlis yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) itu,Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dianugerahkan Anugerah Wanita Inspirasi, manakala Marsha menerima Anugerah Wanita Kesenian atas sumbangan mereka dalam industri masing-masing.

Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B pula menerima Anugerah Wanita Muda atas kejayaannya bergelar usahawan pada usia belia.

Ads

Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam Festival The Muslim World Women’s Summit: Voice of H.E.R dan Anugerah Ibu Zain 2025. Turut hadir pada acara itu ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Nicol David Terima Anugerah Tertinggi

Selain Neelofa dan Marsha, antara penerima lain ialah legenda skuasy negara, Datuk Nicol David, yang menerima anugerah tertinggi, Anugerah Voices of H.E.R, atas pencapaiannya dalam dunia sukan dan pengaruhnya di peringkat global.

Turut menerima anugerah ialah:

Ads

Datuk Pandelela Rinong – Anugerah Wanita Kesukanan
Chaya Sulaiman – Anugerah Kesukarelawan
Dr Nur Haliza Abdul Wahab – Anugerah Wanita Teknologi
Shamsiah Abdul Rahman – Anugerah Ibu Mithali
Dr Rafidah Abdullah – Anugerah Wanita Kesihatan
Siow Lee Chan – Anugerah Wanita Istimewa
Che Siti Noraini Nuawi – Anugerah Wanita Keusahawanan
Datuk Dr Hartini Zainuddin – Anugerah Wanita Perundangan
Tina Tajuddin – Anugerah Wanita Pendidikan

Neelofa, Marsha & Cik B Antara 13 Wanita Luar Biasa Dianugerahkan Anugerah Ibu Zain 2025, Nicol David Yang Tertinggi - Media Hiburan (2) Neelofa, Marsha & Cik B Antara 13 Wanita Luar Biasa Dianugerahkan Anugerah Ibu Zain 2025, Nicol David Yang Tertinggi - Media Hiburan (3) Neelofa, Marsha & Cik B Antara 13 Wanita Luar Biasa Dianugerahkan Anugerah Ibu Zain 2025, Nicol David Yang Tertinggi - Media Hiburan (4) Neelofa, Marsha & Cik B Antara 13 Wanita Luar Biasa Dianugerahkan Anugerah Ibu Zain 2025, Nicol David Yang Tertinggi - Media Hiburan (5) Neelofa, Marsha & Cik B Antara 13 Wanita Luar Biasa Dianugerahkan Anugerah Ibu Zain 2025, Nicol David Yang Tertinggi - Media Hiburan (6)Anugerah Mengangkat Legasi Ibu Zain

Anugerah Ibu Zain 2025 merupakan acara kemuncak festival tersebut, yang bertujuan menghargai sumbangan wanita luar biasa dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, keusahawanan, kesihatan, perundangan, sukan dan kesukarelawanan.

Ads

Anugerah ini dinamakan sempena Tan Sri Hajjah Zainon Munshi Sulaiman (Ibu Zain), seorang pelopor pendidikan dan hak wanita di Malaysia. Ia menjadi simbol ketabahan, kepimpinan dan kecemerlangan wanita dalam membentuk masa depan negara.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klikdi sini

@mediahiburanofficial Tahniah Noor Neelofa yang menerima Anugerah Wanita Inspirasi di The Muslim World Women’s Summit: Voices of H.E.R Festival & Anugerah Ibu Zain 2025 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, sebentar tadi. Usahawan dan pempengaruh, Cik B pula menerima Anugerah Wanita Muda sementara Anugerah Voices of H.E.R diberikan kepada legenda skuasy negara Datuk Nicol David. Anugerah itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI

By

Nazar Rafiqhi

-

Februari 15, 2019

Neelofa, Marsha & Cik B Antara 13 Wanita Luar Biasa Dianugerahkan Anugerah Ibu Zain 2025, Nicol David Yang Tertinggi - Media Hiburan (7)

Share on FacebookShare on WhatsAppShare on TelegramShare on X (Twitter)

Terbaru pelakon Zarina Zainuddin telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya dan memaklumkan anaknya, Muhammad Naim Azrai yang mengalami ketumbuhan di mulut dan perlu menjalani pembedahan.

“Assalamualaikum Doakan naim yea semuga selamat operation hari ni..

Naim mengalami ketumbuhan di mulut, saya ingatkan ulser tapi bila check doktor kata dah berakar dan perlu operate ..”

“Kadang benda2 kecik ni kita terlepas pandang sebab dia cakap tak sakit.. harap ibu ibu semua hati2 kena pantau selalu apa yang berlaku pada anak kita ..mak mana tak sayang anak.. itulah jantung hati kita yang boleh buat hati kita terusik ..yang buat mata kita berkaca menahan sebak Semuga dipermudahkan segalanya ,amin” tulisnya.

Neelofa, Marsha & Cik B Antara 13 Wanita Luar Biasa Dianugerahkan Anugerah Ibu Zain 2025, Nicol David Yang Tertinggi - Media Hiburan (8)

Zarina memberitahu bahawa dia menyangka hanya ulser kecil di mulut anaknya, tetapi bila diperiksa oleh doctor ternyata ianya merupakan ketumbuhan di mulut.

Zarina juga menasihati kepada netizen untuk supaya sentiasa lebih peka dan pantau kesihatan anak anak.

Lantas, netizen juga turut bersetuju dengan nasihat dan kata kata yang telah diberikan oleh Zarina.

Neelofa, Marsha & Cik B Antara 13 Wanita Luar Biasa Dianugerahkan Anugerah Ibu Zain 2025, Nicol David Yang Tertinggi - Media Hiburan (9)

MH mendoakan supaya Zarina tabah dalam menghadapi dugaan dan kesihatan anaknya Naim sembuh seperti sediakala.

Foto : Instagram Zarina Zainuddin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI

Teruskan Membaca

By

Noraini Abd Wahab

-

Mei 30, 2019

Neelofa, Marsha & Cik B Antara 13 Wanita Luar Biasa Dianugerahkan Anugerah Ibu Zain 2025, Nicol David Yang Tertinggi - Media Hiburan (10)

Share on FacebookShare on WhatsAppShare on TelegramShare on X (Twitter)

Memberi keterangan dalam kes Hollywood Ripper sebagai saksi di mahkamah hari ini, pelakan dan hos Ashton Kutcher mengakui dia ketakutan selepas mengetahui teman wanita yang sepatutnya ditemui pada malam 22 Februari 2001 mati dibunuh, 18 tahun lalu.

Kutcher yang kini berusia 41 menerusi laporan dipetik sebagai berkata, dia tiba di kediaman wanita berkenaan yang dikenali sebagai Ashley Ellerin iaitu seorang pelajar fesyen selepas berbual dengannya menerusi telefon untuk mengatur janji temu.

Kongsinya lagi seperti yang dipetik CNN lagi, selepas menyedari terlewat dari temu janji, dia segera ke rumah wanita terbabit sekitar jam 10.00 malam dan menelefon Ellerin, namun tiada balasan.

Kutcher tiba sekitar jam 10.30 malam dan melihat pintu pagar keselamatan terbuka dan dia terus meluru masuk.

Dia bertindak sedemikian kerana pintu telah diketuk, tetapi tiada jawapan.

Tambah pelakon ini lagi, dia mengandaikan bahawa wanita itu telah keluar bersama teman yang lain.

“Saya rasa pelik kerana semua lampu terbuka. Saya tidak mahu menjadi lelaki yang mengintai menerusi tingkap.

“Keadaan rumah agak bersepah dan saya ternampak sesuatu di atas karpet dan fikirkan mungkin ia adalah wain merah,” katanya memberi keterangan di hadapan juri.

Selepas mengetahui apa yang berlaku, dia segera menelefon pihak polis dan mengakui ketakutan.

Walau bagaimanapun, Kutcher tidak didakwa sebagai suspek. Sebaliknya dipanggil sebagai salah seorang saksi.

Terdahulu, Ellerin ditemui mati dengan kesan tikaman sebanyak 47 kali.

Seorang lelaki, Michael Gargiulo didakwa atas pertuduhan membunuh Ellerin dan juga beberapa mangsa lain.

Kes ini pernah dibicarakan pada 2008 lalu, namun Gargiulo mengaku tidak bersalah. Jika disabitkan kesalahan, dia bakal menerima hukuman penjara paling maksimum tanpa parol.

Foto : CNN

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI

Teruskan Membaca

By

Noraini Abd Wahab

-

Mac 15, 2019

Neelofa, Marsha & Cik B Antara 13 Wanita Luar Biasa Dianugerahkan Anugerah Ibu Zain 2025, Nicol David Yang Tertinggi - Media Hiburan (11)

Share on FacebookShare on WhatsAppShare on TelegramShare on X (Twitter)

Berkongsi pengalaman lalu, kata penyanyi Nourul, kuda adalah teman paling baik.

Malah dia sanggup menghabiskan masa lima hari seminggu di kandang kuda demi belajar menunggang dan menjaga haiwan itu.

“Teman kami adalah kuda dulu. Entah pasaipa memang tertarik dengan kuda. Luangkan masa 5 hari seminggu di kandang kuda. Belajar menunggang dan juga menjaga kuda. .

“Kami suka kuda dari usia 17 tahun. Tapi atas daya tarikan yang kuat, jumpa pulak rakan yang memang suka kuda masa kami mulakan hidup baru kami sekitar tahun 2007.

“Terima kasih @idanoreason dan @shahril_reza_ray yang mengenalkan saya pada #STC riding school.

“Sampai la ni dok pi. La ni #zacharydepp dan #raphaeldepp pulak dok pi.

“Mak dia rest sat.”

Menyifatkan ia adalah pengalaman terbaik dalam hidup, kata penyanyi Kerana Terluka ini, masa lalu menjadikan siapa kita sekarang.

“Pengalaman hidup yang lalu , benar menjadikan siapa kita di masa yang akan datang. Tapi lihat pada kebaikan. Bukannya tinggal di masa lalu di dalam masa yang tak dapat diulang.

“It was one of the best moment of my life. Ada kawan baru, tempat baru. Dan pengalaman baru. Haiwan memang pengubat yang terbaik apabila berduka . Kuda terutamanya.”

Ibu kepada tiga orang anak ini juga pernah diselamatkan oleh kuda sewaktu jatuh tergolek.

“Kami pernah jatuh tergolek dock… kuda selamatkan sekali tu sebab agaknya dok baik dengan dia. Kuda tu pun dah mati dah. Kalau dia tak bantu, habih muka kami parah.

“Dalam gamabqq ni adalah #jimmynamanya. Dia ni kuda paling handsome dan paling gagah. Kalau tunggang dia, dia macam auto pilot. Selamat sangat.

“Kuda dan kandang kuda adalah tempat paling tenang pada saya. Terutamanya di #STC. Banyak kenangan manis!”

View this post on Instagram

#throwbackwednesday . Teman kami adalah kuda dulu. Entah pasaipa memang tertarik dengan kuda. Luangkan masa 5 hari seminggu di kandang kuda. Belajar menunggang dan juga menjaga kuda. . Kami suka kuda dari usia 17 tahun. Tapi atas daya tarikan yang kuat, jumpa pulak rakan yang memang suka kuda masa kami mulakan hidup baru kami sekitar tahun 2007. . Terima kasih @idanoreason dan @shahril_reza_ray yang mengenalkan saya pada #STC riding school. . Sampai la ni dok pi. La ni #zacharydepp dan #raphaeldepp pulak dok pi. . Mak dia rest sat. ? . Pengalaman hidup yang lalu , benar menjadikan siapa kita di masa yang akan datang. Tapi lihat pada kebaikan. Bukannya tinggal di masa lalu di dalam masa yang tak dapat diulang. . It was one of the best moment of my life. Ada kawan baru, tempat baru. Dan pengalaman baru. Haiwan memang pengubat yang terbaik apabila berduka . Kuda terutamanya. . Kami pernah jatuh tergolek dock… kuda selamatkan sekali tu sebab agaknya dok baik dengan dia. Kuda tu pun dah mati dah. Kalau dia tak bantu, habih muka kami parah. . Dalam gamabqq ni adalah #jimmy namanya. Dia ni kuda paling handsome dan paling gagah. Kalau tunggang dia, dia macam auto pilot. Selamat sangat. . Kuda dan kandang kuda adalah tempat paling tenang pada saya. Terutamanya di #STC. Banyak kenangan manis! . #lessoninlife #love #nourulwahabdepp #yestowellness #divakuruselite #nourulqoutes #divakurusbynouruldepp

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on

Teruja dengan perkongsian penyanyi ini, netizen turut terinspirasi untuk mendekati kuda dan belajar menunggang.

Neelofa, Marsha & Cik B Antara 13 Wanita Luar Biasa Dianugerahkan Anugerah Ibu Zain 2025, Nicol David Yang Tertinggi - Media Hiburan (12) Neelofa, Marsha & Cik B Antara 13 Wanita Luar Biasa Dianugerahkan Anugerah Ibu Zain 2025, Nicol David Yang Tertinggi - Media Hiburan (13)

Foto – Instagram Nourul Depp

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI

Teruskan Membaca

Neelofa, Marsha & Cik B Antara 13 Wanita Luar Biasa Dianugerahkan Anugerah Ibu Zain 2025, Nicol David Yang Tertinggi - Media Hiburan (2025)
Top Articles
Latest Posts
Recommended Articles
Article information

Author: Delena Feil

Last Updated:

Views: 5928

Rating: 4.4 / 5 (45 voted)

Reviews: 84% of readers found this page helpful

Author information

Name: Delena Feil

Birthday: 1998-08-29

Address: 747 Lubowitz Run, Sidmouth, HI 90646-5543

Phone: +99513241752844

Job: Design Supervisor

Hobby: Digital arts, Lacemaking, Air sports, Running, Scouting, Shooting, Puzzles

Introduction: My name is Delena Feil, I am a clean, splendid, calm, fancy, jolly, bright, faithful person who loves writing and wants to share my knowledge and understanding with you.